Saturday, 20 June 2015

TEKNIK-TEKNIK CETAKAN



1.         Engraving
Proses ini telah dikembangkan di Jerman sekitar tahun 1430, engraving atau juga dikenali sebagai ukiran halus yang digunakan oleh para tukang emas untuk mendekorasi karya mereka. Pembuat engraving menggunakan alat dari logam yang disebut sebagai burin untuk mengukir corak ke permukaan logam atau secara tradisionalnya sering digunakan plat tembaga. Alat ukir tersebut terdiri daripada berbagai-bagai bentuk dan ukuran untuk menghasilkan jenis garisan yang berbeza-beza. Seluruh permukaan plat akan disapu dengan dakwat, kemudian dakwat tersebut perlu dibersihkan dari permukaan, dan dibiarkan yang tertinggal hanya dakwat yang berada di garisan yang diukir sahaja. Kemudian plat diletakkan pada alat tekan dan tinggi bersama dengan lembaran kertas. Kertas kemudiannya akan menyerap dakwat dari garisan engraving iaitu bahagian yang telah diukir untuk menghasilkan karya cetakan yang diingini.

2.         Etching/Goresan
Teknik cetakan ini merupakan teknik yang menggunakan kaedah goresan pada permukaan kepingan bidang logam. Pada peringkat permulaan, permukaan logam hendaklah disepuhkan dengan sejenis asid yang tahan karat untuk logam. Kemudian, mulakan dengan melakukan kerja-kerja goresan untuk menghasilkan imej ukiran benam atas permukaannya. Permukaan logam yang terdedah dengan kesan ukiran akan dimakan sedikit demi sedikit apabila ia direndamkan ke dalam asid. Hasilnya akan membentuk garisan apabila ditekankan pada sekeping kertas selepas kepingan logam tadi dibancuhkan dengan dakwat untuk proses cetakan. Teknik ini diketahui telah diperkenalkan oleh Daniel Hopfer (1493-1536). Teknik ini juga adalah lebih baik berbanding teknik engraving dan amat terkenal sebagai seni grafik semasa tahap awal zaman Rembrandt dan zaman Herculas Segher kira-kira sejak abad ke-17. Hal ini mengingatkan kita pada hari ini bahawa teknik ini merupakan salah satu daripada teknik yang serba guna dan juga merupakan teknik yang menimbulkan kesan cetakan yang halus.     

3.         Mezzotint
            Metode mezzotint telah ditemui oleh Ludwig von Siegen pada tahun 1609-1680. Proses ini digunakan secara meluas di Inggeris mulai pertengahan abad ke-18 untuk menghasilkan foto dan lukisan. Mezzotint adalah merupakan salah satu cara lain dalam teknik intaglio di mana permukaan plat logam terlebih dahulu dibuat kasar secara merata, gambar akan dihasilkan dengan mengerok halus permukaan, menghasilkan gambar daripada tona gelap kepada tona terang. Mezzotint dikenali kerana kualiti tonnya yang berkualiti seperti permukaan yang dikasarkan secara merata menahan banyak dakwat dan dapat menghasilkan warna cetak yang padu. Selain itu ia juga berupaya menghasilkan proses penghalusan tekstur dengan menggunakan burin, atau alat lain menghasilkan gradasi halus untuk mengembangkan ton.

4.         Aquatint
            Adalah sejanis variasi dari etsa. Seperti etsa, aquatint menggunakan asid untuk membuat gambar cetakan pada plat logam.Pada teknik etsa digunakan jarum untuk menciptakan garis yang akan menjadi warna dakwat gelap, aquatint menggunakan serbuk resin yang tahan asid untuk menciptakan kesan ton.Kebanyakan karya-karya grafis Goya menggunakanteknikaquatint.

      5.   Drypoint
            Merupakan variasi dari engraving. Dilakukan dengan menggunakan alat runcing, bukan dengan alat burin berbentuk "v". Setiap garisan yang terhasil pada engraving sangat halus dan bertepi tajam, manakala goresan drypoint meninggalkan kesan kasar pada tepi garisan. Kesan ini memberi ciri kualiti garis yang bermutu kepada karya kerana tekanan alat dengan cepat akan merosakkan kesan tersebut, drypoint hanya berguna untuk jumlah karya yang sangat kecil sekitar 10 hingga 20 karya sahaja. Untuk mengatasi masalah ini, penggunaan electro-plating atau juga dikenli sebagai alat pelapisan secara elektrik dengan bahan logam lain telah dilakukan sejak abad ke-19 untuk mengeraskan permukaan plat. Teknik ini ditemui oleh seorang seniman Jerman selatan abad ke-15 yang memiliki julukan Housebook Master, di mana semua karya-karyanya menggunakan drypoint. Di antara seniman old master print yang menggunakan teknik ini ialah seperti Albrecht Durer yang telah menghasilkan 3 buah karya drypoint.

6.         Litografi
Merupakan proses percetakan yang menggunakan cap batu atau logam. Teknik ini merupakan proses “planografik” di dalam setiap cetakan yang menolak kedalam tekanan dari permukaan batu atau bahagian atas logam yang sensitif secara kimia. Seterusnya, bahan kimia ini akan membolehkan dakwat melekat hanya pada kawasan yang dicipta, dan menolaknya dari kawasan imej yang tidak dikehendaki. Litografi telah dicipta sekitar tahun 1798 di Solnhofen, Jerman oleh Alois Senefelder. Sejarah awal berkenaan dengan teknik Litografi ini adalah didominasi oleh artis dari Perancis yang terkenal seperti Daumier dan Delacroix, dan kemudiannya disambung pula oleh Degas, Toulouse-Lautree, Picasso, Braque dan Miro.

7.         Blind
            Teknik ini merupakan teknik cetakan yang menggunakan sambungan yang tidak rata untuk menghasilkan jalinan timbul yang lembut atau tidak ketara pada imej putih pada putih yang ditekankan pada bahagian imej timbul pada kertas yang tidak berkaitan. Teknik ini biasanya banyak digunakan dalam cetakan di Jepun.

8.         Kolagraf
Teknik ini pula merupakan teknik yang menolaj kedalam setiap blok yang digunakan untuk menahan setiap hasil kerja atau ciptaan yang direka seperti kolaj dan menghasilkan imej cetakan timbul.

9.         Iris / Giclee
            Merupakan salah satu daripada teknik yang direproduksi dengan menggunakan komputer di dalam setiap imej dan tipografi yang dipilih. Imej dan tipografi yang dipilih adalah hasil daripada fail digital dan dicetak keluar dengan menggunakan mesin cetak ‘ink jet’ yang menggunakan dakwat akrilik dan cat minyak. Giclee juga merupakan salah satu daripada cetakan yang menghasilkan ketepatan dan kecantikkan penggunaan warna yang telah tersedia untuk digunakan didalam mana-mana teknik reproduksi komputer.

10.       Monotaip
Merupakan salah satu daripada teknik yang diperbuat daripada lukisan yang dihasilkan pada kepingan logam atau gelas dan dipindahkan keatas kepingan kertas dengan menggunakn tangan atau teknik menekan etching. Jika masih terdapat baki yang mencukupi dan tertinggal pada permukaan logam tadi, cetakan tambahan masih boleh dilakukan. Walau bagaimanapun, cetakan kedua ini akan menjadi lebih kuat dan teguh daripada imej sebenar. Cetakan monotaip bukanlah satu proses menghasilkan replica berganda kepada setiap cetakan yang  telah dibuat.

11.       Offset Lithography
            Merupakan satu teknik photomekanikal yang istimewa kerana setiap imeh yang dicetak akan dipindahkan kepada permukaan logam yang negatif dan dicetak pada atas satu permukaan kertas. Teknik ini sangat sesuai digunakan pada cetakan yang berwarna.

No comments:

Post a Comment

KLIK SINI