Friday, 13 May 2016

APLIKASI ‘HILTOPS’ BAGI PENGAJARAN KOMUNIKASI VISUAL KAJIAN TINDAKAN TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENGHASILAN LOGO REPRESENTASI






Objektif Kajian
Objektif kajian tindakan ialah pelajar dapat mengaplikasikan ‘HILTOPS’ dalam menghasilkan logo . Selain itu, dapat meningkatkan reka letak logo dengan menggunakan kaedah ‘HILTOPS’.



Persoalan Kajian
i)          Adakah kaedah mengaplikasikan ‘HILTOPS’  bagi pengajaran komuikasi visual terhadap  proses pengajaran dan pembelajaran penghasilan logo dapat meningkatkan minat dan kefahaman pelajar terhadap subjek seni visual .
ii)         Sejauhmanakah kaedah ‘HILTOPS’ yang digunakan oleh guru pendidikan seni visual berkesan dan sesuai dalam pengajaran dan pembelajaran penghasilan logo.



Model Kajian Tindakan
Pada asasnya, setiap kajian tindakan akan melibatkan dua unsur, iaitu menyelidik dan bertindak. Kedua-dua unsur ini kemudiannya dikembangkan dan diperincikan kepada model-model penyelidikan yang menjadi ikutan penyelidik tindakan.Pengakaji telah menggunakan Model Somekh (1989)untuk mengatasi masalah pelajar-pelajar .Model kajian tindakan Somekh melibatkan lapan fasa, iaitu mengenal pasti masalah atau fokus kajian yang diminati, mengumpul data, menganalisis data dan membina hipotesis, merancang pelan tindakan, melaksana pelan tindakan, mengumpul data untuk mengesan perubahan, menganalisis dan menilai serta  mengenal pasti folus penyelidikan yang baru.





No comments:

Post a Comment

KLIK SINI