Thursday, 3 November 2016

PEMIKIRAN KREATIF DAN KRITIS

BAB 1 : PENGENALAN KEPADA PEMIKIRAN

apa itu permikiran?
  • keunikan manusia terletak pada keinginan untuk mengetahui sesuatu.
  • keupayaan intelek perlu dipupuk untuk mengingatkan kualiti berfikir seseorang.
  • proses berfikir adalah seperti operasi yang menggunakan fakta-fakta lain supaya fakta yang baru dapat dipercayai berdasarkan fakta yang sedia ada.

bagaimana mendefinasikan pemikiran?
  • bayangkan apakah yang berlaku dalam minda anada ketika anda berfikir.....
  • senaraikan : apa yang berlaku,dimana ia berlaku,apa yang terlibat dan untuk apa.

manfaat berfikir
  • membuat keputusan yang positif.
  • meletakkan diri di tempat orang lain.(emosi)
  • mengenalpasti semua elemen yang berlaku ,sebab dan akibat sesuatu kejadian.
  • menjimatkan masa dengan mengasingkan fakta daripada isu personal.

halangan berfikir
  • mengaibaikan dan tidak mahu menerima kebenaran
  • emosi
  • ego
  • tingkah laku luar kawal
  • menyalahkan orang lain
  • latar belakang seseorang
  • tekanan
  • minda kurang terbuka
  • kurang kepercayaan

perbezaan cara berfikir
  • kemahiran berfikir secara :kreatif,kritis/kritikal,positif dan negatif.


BAB 2 : PEMIKIRAN KRITIKAL


  • perkataan KRITIS adalah berasal dari satu perkataan inggeris iaitu 'CRITIC' kata dasar 'KRITIS' merupakan perkataan Greek 'KRITHS' (kritikos) yang membawa erti menimbang (judge) .
  • meninmbang pula bermaksud menilai ,membezakan ,mencetuskan dan menyoal samada sesuatu itu benar atau salah.
  • pemikiran kritis /kritikal ditakrif sebagai  penggunaan operasi berfikir yang asas untuk menganalisis , mentafsir dan menilai sesuatu hujah yang mendalam.
 kepentingan berfikir secara kritis
  • bertujuan mengajarkan kaedah-kaedah pemikiran yang digunakan untuk berhujah secara lebih berkesan.
  • aspek yang diutamakan dalam bidang pemikiran kritis ilah penghujahan ,iaitu cara memberi alasan untuk menyokong atau menentang sesuatu pendapat.
  • merupakan domain kemahiran berfikir secara umum.
  • penting dalam ekonomi pengetahuan baru.
  • dapat mempertingkatkan analisis kendiri.
  • dapat meningkatkan penguasaan bahasa dan kemahiran pembentangan.
  • mempromosikan  daya pemikiran kreatif.


 EMPAT (4) ciri pemikiran kritikal


  • REAKTIF ,reaksi atau gerak balas terhadap idea yang sedia ada dan bukan penghasilan idea baru.
  • PENILAIAN ,digunakan untuk menentukan sama ada sesuatu idea itu patut dipercayai.
  • ANALISIS ,melibatkan penggunaan operasi dan kemahiran berfikir yang asas untuk menganalisis sesuatu hujah supaya dapat ditafsirdan difahami dengan jelas.
  • LOGIK ,merangkumi kaedah memikul secara logik dan bersepadu dengan mempertimbangkan andaian.



BAB 3 : KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KREATIF

  • Kemahiran kreatif membawa maksud kecekapan atau keupayaan menggunakan minda untuk menerokai pelbagai kemungkinan, menghasilkan sesuatu yang baru, asli, luar biasa dan bernilai sama ada bersifat maujud, abstrak, atau gagasan. Kemahiran berfikir secara kreatif adalah keupayaan sesorang untuk menghasilkan dan mencetuskan idea yang baru dan mempunyai originaliti yang tersendiri. Hasil idea yang kreatif juga merupakan hasil adea yang diilhamkan sendiri daripada individu atau hasil daripada gabungan idea yang sedia ada

 Kepentingan Kemahiran Berfikir Secara Kritis Dalam Pengajaran dan Pembelajaran  
  • Kemahiran berfikir secara kreatif sangat penting dalam pengajaran dan pembelajaran kerana ia dapat meningkatkan kebolehan pelajar untuk mencerna dan menghasilkan idea asli dan bersifat generatif. Idea baru terhasil melalui ilham atau gabungan idea-idea yang ada. Keupayaan meningkatkan pemikiran ini sudah tentu dapat membantu pelajar dalam memahami dan menghuraikan sesuatu konsep yang sedang mereka pelajari semasa pembelajaran. 

 Proses-Proses Dalam Kemahiran Berfikir Secara Kreatif  


  • MENJANA IDEA ,Menjanakan idea merupakan satu proses menghasilkan sesuatu idea, pandangan atau pendapat secara spontan berkaitan dengan sesuatu perkara. Kemahiran ini digunakan apabila pelajar hendak mencari idea baru dan mencari alternatif bagi sesuatu perkara.
  • MEMBUAT INFERENS ,Merupakan tingkahlaku minda dalam membuat kesimpulan atau andaian awal daripada sumber berasaskan isyarat-isyarat atau tanda-tanda bagi memperoleh maklumat yang tersirat. Kesimpulan awal yang dibuat ini ada kemungkinan ianya benar atau pun tidak kerana kesimpulan itu hanya akan diperoleh berdasarkan maklumat daripada sesuatu pemerhatian. Kemahiran ini digunakan apabila pelajar hendak merancangkan langkah-langkah tindakan atau membuat pilihan; dan menganalisis sebab dan akibat keputusan atau kesan. 
  •   MERAMAL , Merupakan sejenis kemahiran berfikir yang membolehkan pelajar membuat jangkaan terhadap sesuatu perkara atau peristiwa yang akan berlaku pada masa akan datang berdasarkan bukti dan maklumat tertentu. Aktiviti membuat ramalan pula akan dilakukan sekiranya pelajar hendak memilih tindakan yang sesuai dengan perkara yang dandaikan akan berlaku; dan mencari jalan penyelesaian bagi sesuatu perkara. 

No comments:

Post a Comment

KLIK SINI