1. JAGA BATAS DENGAN PELAJAR
tidak kira apa pon agama, kalau boleh jagalah batas antara guru praktikal dengan pelajar. jangan terlampau bagi muka, sebab budak ni macam2 perangai ada. ada yg baik, ada yang depan kite baik. belakang macam2 dia kata cikgu tu. ada yang tak mahu dengar cakap.ada jugak jenis yang tak ambil kisah bila cikgu mengajar. tegas dengan pelajar bukan terlampau manjakan, nanti budak akan hilang hormat pada guru, hal ini akan jadi masalah bila P&P, pelajar tidak beri kerjasama. lagi bertambah masalah bila guru pembimbing atau penyelia nak buat penilaian. pahamkan kalau tengah ada penyelia dalam kelas tiba2 pelajar kita tak mahu beri kerjasama dan buat bising. sangat masalah pada anda.
2. JAGA TINGKAH LAKU @ KELAKUAN
ini berkaitan dengan diri guru praktikal tu sendiri, tingkah laku yang baik akan membuatkan orang lain senang dengan kita. untuk menjadi guru yang cemerlang kita harus menjaga tingkah laku agar orang lain suka dengan tindakan kita. guru senior kita harus hormat, tidak menimbulkan pergaduhan atau permusuhan. jaga perhubungan dengan guru2 senior, apa dia suruh jangan membantah. melalui pengalaman pelajar yang pernah berpraktikal di sekolah, guru2 senior besar kepala buli cikgu praktikal, bukan semua guru senior berperangai macam tu, ada yang prihatin, tp masalah yang mulut macam tong sampah ni lah. bagi pendapat saya, sabar dan jangan bertindak bodoh, biakan dia nak kata apa, set otak anda, aku just praktikal, lepas ni aku tak kan jumpa dia lagi. sebab apa kena sabar pulak?, sebab kalau kamu bertindak bodoh, takut dia akan jaja cerita pasal kamu pada pihak pulami, penyelia (pensyarah) . jadi sabar kan saja orang macam tu ok..
bagi guru2 perempuan tolong jangan nak mengedik sangat, mungkin ada yang suka, dan akan ada yang meluat dengan kegedikkan anda. make up dan cara berpakaian, yang ini sangat penting, kerana berpakaian mengikut etika perguruan sangat penting, kerana kita bakal menjadi seorang pendidik, elakkan berpakaian seksi, pakaian yang tidak sesuai kesekolah tu tak payah la pakai. simpan, balik kampung pakai, bagi mak pak hampa tengok. make up tu tolonglah jangan over, saya tegaskan JANGAN OVER, cukup sekadar bedak asas, lipstik. jangan pulak hampa make up macam che ta, dengan bulu mata palsu, lipstik merah menyala, eye shadow berwarna warni. ko ingat apa? nak pergi sarkas ke? adoi. please ye para pendidik wanita sekalian.
macam ni contoh make up yang minima, tidak over dan sejuk mata memandang.
3. BUAT RPH ONTIME
wajib ke RPH tu? wajib dan harus buat, kita akan dinilai melalui RPH tersebut, bukan sekadar cara mengajar didalam kelas malah RPH adalah penentu kepada pengajaran dan pembelajaran harian. adakah matlamat tercapat? atau sebaliknya. sebab itu, dalam RPH ada kognitif, afektik, dan psikomotor. buku praktikal pastikan kemas, cantik dan yang paling penting TULISAN!!!! tolong jaga pada yang tulisan macam cacing... malu dgn student, student punya tulisan lagi cantik dari cikgu praktikal. buku praktikal mesti di cop dan disah kan oleh pengetua sekolah. tambahan itu juga, buku ini adalah nyawa semasa anda di temuduga oleh KPM. nak jadi cikgu tak?, ha,, kalau nak, praktikal buat sehabis baik.
contoh buku rancangan pengajaran harian guru praktikal upsi.
waktu sekolah jangan sesekali datang lambat, kalau boleh datang awal, tapi jangalah bendul sangat datang kul 3/4 pagi, tu melampau sangat. on time itu penting. pergi awal, balik pon nak awal? amboi2 awak tu praktikal. sebolehnya balik la lambat, siapkan RPH disekolah kemudian balik. sebab terjadi pada senior kamu, dia balik awal, lepas tu kena perli. ada guru senior disekolah tempat dia berpraktikal tidak puas hati guru praktikal balik awal. ok cara mengatasi masalah ini, jangan sampai dah kena perli baru nak ambil tindakan, kalau boleh, beringat sebelum terjadi. so kalau tak boleh balik awal nak balik pukul berapa?, pukul berapa sesi sekolah itu tamat? ambil masa 2-3 jam duduk didalam bilik guru, perpustakaan sekolah atau cari pelajar yang biase balik lambat, buatkan kelas tambahan percuma pada mereka ni. saya yakin, anda akan lebih disegani oleh guru2 lain dengan cara matang kita.
5. SUKA RELA DALAM SEGALA AKTIVITI
aktiviti sukan, acara-acara sekolah biasenya ada banyak, biasanya guru2 akan bermesyuarat menentukan pengerusi, setiausaha,dan yang paling penting ajk. ahli jawatan kuasa ni lah yang buat kerja, apa tindakan anda? eh tak mahu lah. sy datang untuk praktikal, bukan nak jadi kuli dekat sini. tak boleh macam tu wahai guru praktikal. sebelum anda dicalonkan, baik anda calonkan diri. kalau bolah minta jadi ajk MAKANAN, hahahaha, sebab sambil menjalankan tugas. boleh makan. iye ke idok, makanan lebih boleh tapau, jangan kekwat sangat, i xmakan yang lebih2 ni. bersyukur, awak tu pelajar, tak de alaun mengajar pihak universiti bagi. harapkan PAMA dan PTPTN je lah.
6. DESIGN MURAL
ada pihak sekolah yang minta kita buat mural atau mereka jenis diam. pada saya baik anda buat, bukan by individu, berpakatlah dengan guru2 praktikal lain. buat mural secara berkumpulan. anggap sebagai kenangan dan sumbangan kita pada pihak sekolah yang telah memberi izin kita berpraktikal. contoh design yang boleh dibuat adalah
7. SEDIA ABM (ALAT BANTU MENGAJAR)
banyak contoh alat bantu mengajar, boleh rujuk contoh ABM . abm ni buat mudah2 saja, janji menarik dan boleh meningkatkan minat pelajar dalam P&P kita.
8. SET INDUKSI YANG MENARIK
Set induksi merupakan satu set pembelajaran bagi memulakan sesuatu pelajaran yang melibatkan sebarang idea, teknik, proses, aktiviti dan sumber bagi menarik perhatian pelajar supaya bersedia menghadapi pelajaran. Oleh yang demikian, setiap guru perlu merancang set induksi yang menarik dan mempunyai kaitan dengan topik yang ingin diajar pada kelas itu. Tempoh masa bagi setiap set induksi ini adalah 5minit dan paling lama 10 minit sahaja bagi setiap kelas.
Salah satu cara adalah dengan menayangkan video yang menarik seperti 'bangau oh bangau'. Ini merupakan satu kaedah yang boleh digunakan oleh seorang guru bagi menarik perhatian pelajar. terdapat banyak lagi kaedah yang boleh digunakan bagi sesi set induksi ini.
contoh set induksi yang menarik, kotak beracun, teka teki, lakonan, nyayian, atau lain2 aktiviti yang ringkat dan berkaitan dengan apa yang kita hendak mengajar.
9. SEDIAKAN HADIAH DALAM AKTIVITI P&P
hadiah? kami praktikal bukan banyak duit sangat nak bagi hadiah tiap kali aktiviti P&P. hang pon satu hal, sapa kata bagi tiap kali p&p. sebulan tu buat la 2-3 kali. paling penting masa guru pembimbing dan penyelia datang untuk menilai anda. tak perlu beli hadiah mahal2. bagi pen, pemadam, buku tulis atau makanan seperti roti, coklat, itu dah memadai.tak perlu berbelanja besar untuk hadiah pelajar nanti depa buang jugak nanti.
10. JADI MENTOR KEPADA PARA PELAJAR
kita sebagai guru praktikal yang sedang menuntut di universiti boleh kongsi pelbagai tip kepada para pelajar. contoh tip pengurusan masa, cara belajar yang baik, bagaimana nak hadapi peperiksaan, dan banyak lagi tip. tapi ingat, bagi tip yang berguna, jangan cikgu kelaut dengan anak murid kelaut. ilmu yang bermanfaat apabila diamalkan oleh orang lain, bukan ke kita dapat pahala dan manfaat sekali. jadi pada para bakal pendidik, gunakan masa praktikal anda sehabis baik untuk melatih diri anda menjadi seorang guru yang cemerlang pada masa akan datang.
hadiah? kami praktikal bukan banyak duit sangat nak bagi hadiah tiap kali aktiviti P&P. hang pon satu hal, sapa kata bagi tiap kali p&p. sebulan tu buat la 2-3 kali. paling penting masa guru pembimbing dan penyelia datang untuk menilai anda. tak perlu beli hadiah mahal2. bagi pen, pemadam, buku tulis atau makanan seperti roti, coklat, itu dah memadai.tak perlu berbelanja besar untuk hadiah pelajar nanti depa buang jugak nanti.
10. JADI MENTOR KEPADA PARA PELAJAR
kita sebagai guru praktikal yang sedang menuntut di universiti boleh kongsi pelbagai tip kepada para pelajar. contoh tip pengurusan masa, cara belajar yang baik, bagaimana nak hadapi peperiksaan, dan banyak lagi tip. tapi ingat, bagi tip yang berguna, jangan cikgu kelaut dengan anak murid kelaut. ilmu yang bermanfaat apabila diamalkan oleh orang lain, bukan ke kita dapat pahala dan manfaat sekali. jadi pada para bakal pendidik, gunakan masa praktikal anda sehabis baik untuk melatih diri anda menjadi seorang guru yang cemerlang pada masa akan datang.
No comments:
Post a Comment