1. SENTIASA POSITIF
jika kita menonton ceramah motivasi dato doktor fadzilah kamsah, beliau sering menekankan aspek positif dalam minda seseorang. minda yang positif mampu menjana perbuatan yang positif dan hari-hari yang kita lalui lebih baik berbanding orang yang suka berfikiran negatif dalam melakukan pekerjaan mereka. sentiasa berbaik sangka dengan orang sekeliling dan yang paling penting sentiasa senyum serta ikhlas dalam apa juga pekerjaan. kalau jenis saya, pagi mulakan dengan ayat-ayat suci alquran atau zikir, kemudian barulah dengar lagu-lagu yang rancak, jangan pasang lagu sedih. kerana muzik juga mampu merangsang emosi seseorang. set dalam otak kita masalah ibarat air, contohnya, air yang lalu didalam sungai, bukan semua laluan sungai tersebut berliku, berbatu, laluinya dengan tenang.
2. CINTAI PEKERJAAN
zaman yang penuh dengan cabaran ini, memang susah nak dapat kerja kan?, kenapa perlu mohon atau temuduga pekerjaan tersebut kalau anda tidak suka dan akhirnya anda merunggut dengan bebanan tugas. semuanya terpaksa kan? sebab gaji, betul atau tidak. ibarat berkahwin secara terpaksalah ni?. tak payah nak terpaksa sangat. kita harus bersyukur kerana kita mempunya pekerja yang jauh lebih baik dari orang lain pada zaman ini, kalau tidak cinta jangan teruskan, sia-sia anda paksa diri anda mencintai perkara yang susah anda terima. lihat potensi diri anda, apa yang aku suka, apa yang aku boleh buat dengan kemampuan serta kepakaran dalam diri anda. "move on please" .
3. BIJAK MENGURUSKAN KERJA & TUGASAN
budaya orang malaysia, melepak, makan-makan, bersembang, bergosip ditempat kerja tidak dapat dipisahkan. saya nak tanya anda. itu ke matlamat kita bekerja?, bila bos panggil atau bagi tugasan kita dah melenting. nama pon berkerja, mestilah siapakan kerja atau tugasan dari majikan, dahulukan tugas, bila tak ada kerja atau kerja dah siap, jangan pergi tempat orang lain, ini boleh mengganggu konsentrasi pekerja lain. nak sembang-sembang atau makan ditempat kerja boleh, tak salah, ini malah mengeratkan hubungan antara rakan sekerja dan majikan anda. contohnya, prof f, walaupun beliau busy, beliau luangkan masa dengan pekerja serta pelajar. nampak je macam garang, tapi prof baik orangnya, tegas dan sangat rajin.
4. HORMAT & JAGA HUBUNGAN
hormat menghormati amalan mulia, selalu sangat dengarkan?, hormat tidak kira kau tua, muda kena hormat. salah!!!. hormat semua orang. tak susah pon, jumpa orang, berjabat tangan atau kalau malas sangat, senyum bila berjumpa orang, kan manis dan nampak ceria je, orang pun suka tengok kita. jaga mulut, jaga adap, masalah mulut ni lah yang buat orang boleh bergaduh. betul tak?, "ala, kawan kat tempat kerja saya tu, tak habis-habis menunjuk, cakap besar, dah tu macam dia sorang je bagus!"
bia kan je orang macam tu. senyum dan geleng kepala, bila orang tak layan dia berhentilah cakap besar, sebab tak ada orang nak dengar cerita dia. kadang-kadang kita ni orang malaysia, suka memperbesarkan perkara kecil dan remeh. kalau ikut baran, memang makin menjadilah, mula perli memerli, bermasam muka. pendek kata, jangan mulakan. kalau dah termula. tu yang sampai makan kaki tu. hahahahaha..
5. URUS MASA UNTUK DIRI SENDIRI
bagi yang bujang macam saya, apa yang saya buat bila balik kerja?, ok siap kerja dekat studio, sama ada pergi makan atau terus balik rumah, masak dan makan dirumah je lah. then, basuh kain uruskan apa nak buat macam lipat kain sambil layan cerita hantu, korea, kartun atau running man. gasok baju dan tudung untuk nak pergi kerja esok, so esok bangun tidur takde lah kucar kacir kan. kalau boyfriend ajak keluar makan atau dating, pergi jelah, bahagi masa dengan pasangan kita. bagi yang ada pasangan la. selain itu, pergi travel atau melancong, dengan cara ini anda lebih menikmati keseronokan hasil penat lelah anda berkerja.
nice sharing sis! hikhik thank you
ReplyDeletewelcome dear. thanks sudi komen
Deletegood sharing sweetie! harus pandai bahagi masa (time management) jadi semua kerja akan berjalan lancar..juga perlu ada daily planning..
ReplyDeletebetul tu... alhamdulillah la, saya boleh atur masa saya antara belajar,kerja dan hubungan...
Deleteterima kasih noor azlan
ReplyDeleteThank you for your good advice! Be positive and love what you are doing. Kerja kalau niat lillahita'ala, insyaAllah jadi ibadah. Ikhlas, buat baik dgn semua orang, amanah pikul tanggungjawab. ☺💪
ReplyDeleteBETUL.. tp hairan yang suka merunggut. pastu sikit salahkan org
DeleteRisalah yg menarik...
ReplyDeleteterima kasih pa'an
Delete