Saturday 26 January 2019

Hafis & Orkid


Majlis pertunangan antara Mohammad Hafis Hozahli dan Zuraiha Zaini (orkid azura) 

Tarikh: 20.01.19 (Ahad)
Tempat: Sungai Besar, Selangor


Kami berkenalan masa zaman sekolah menengah, tapi cinta "monyet" tu tak kesampaian. Belajar disekolah yang sama tapi kelas yang berlainan. Masa tu tingkatan 4, saya baru pindah kelas dari kelas pertama ke kelas number 3 dengan alasan tak boleh bawa sains tulen. Ok lah, pindah kelas yang tak ada subject additional mathematics.  Sebelah kelas ke3 tu ada seorang pengawas sekolah yang tinggi, rupa boleh tahan la, sbb bukan sorang yang minat pengawas sekolah ni. Pengawas ni pendiam dengan perempuan pemalu. Ni la hafis yang saya kenal, tak tahu la berubah 1 hari nanti jadi playboy ke tu semua bergantung pada diri dia. Kami pon mula la cuba-cuba jadi kawan walaupun terpaksa main kejar kejar sebab hafis ni pemalu sangat. Habis je SPM, saya cakap terus terang. Tapi dia buat tak tahu. Saya rasa malu sebab saya dah luah perasaan dekat orang yang salah. Bukan la nak jadi ' perigi cari timba ' tapi usahakan tangga kejayaan. Zulaikha pon terkejar kejar nabi yusuf yang kacak. Tapi kecewa. Apa dia buat, dia kejar cinta Allah dan nabi yusuf datang pada dia. Saya sedih, kemurungan, menangis sebab kecewa. Saya doa saya nak dia. Saya mintak dekat Allah sambil nangis. Kesilapan saya adalah saya simpan dendam sebab tak reti bersabar. Saya lupa janji tuhan. Saya lupa Allah maha pemberi dia akan makbulkan doa hambanya tapi buka hari ni doa esok terus dapat. 

Bertahun kami tak berjumpa. Saya cuma call setahun sekali. Saya move on, terima orang lain dalam hidup cuma nak lupakan hafis. Pernah berjaya lupakan tapi setahun dua je. Lepas tu tiba tiba dapat tahu adik hafis kemalangan. Masa tu hazim sekolah lagi, saya ada niat nak melawat hazim kat hospital sungai buloh. Tapi sebab kan rasa marah dan dendam pada hafis saya tak jadi pergi melawat hazim. Cuma doakan dia cepat sembuh dan saya gunakan kawan kawan untuk monitoring hazim sepanjang dia sakit. Dari situ saya dapat information pasal kesihatan hazim update by update. Bila hazim pon dah sihat, saya stop perhatikan hazim. Kami ada curi curi keluar walaupun saya bercinta dengan orang lain. Kami keluar sama sebagai kawan. Hafis cerita hazim kemalangan macam mana risaunya dia sekeluarga, apa yang jadi, segala perkembangan kami berdua kami update. Walaupun hafis cerita saya cuma iakan dan dengar kan saja. Sebenarnya saya dah tahu. Kami berdua dah move on dengan sejarah kami. Tapi sebenarnya dalam hati masih berharap cuma sedar saya mesti tak ada peluang. Jadi saya tak nak tunggu hafis.

Sekali lagi kami diam dalam dua tahun. Adik hafis dapat ujian medsi dekat UPSI. Kali ni bukan hazim tapi syafika. Saya dah tahu semua maklumat syafika. Masa tu dia masuk tingkatan 6. Saya guna tricks yang sama macam sebelum ni. Hafis tanya mana pentagon, nak masuk ikut mana, kat mana ada parking, soalan susah ke senang, hafis ni memang banyak tanya. Hafis kenalkan adik dia. Saya buat buat tak kenal dan macam terkejut. Tapi sebenarnya dah tahu syafika sekolah dekat negeri 9, under PNB, semua details dia termasuk gambar saya simpan. Masa tu hafis memang berharap adik dia dapat jadi cikgu, masuk universiti, sebab syafika ni paling pandai dalam adik beradik diorang. Jadi hafis letak harapan sebab tu dia sanggup hantar. Syafika dapat je masuk UPSI, saya orang pertama yang hafis bagi tahu, so kami buat perjanjian tanpa pengetahuan syafika. Sepanjang syafika dekat UPSI kami berdua kerap call, sms, dan jumpa. Hafis tak kan tanya benda lain. Dia akan tanya. Adik aku macam mana kat sana? Ko ada jumpa adik aku tak? Tolong tengok kan dia ye zu. Macam tu la dari bulan ke bulan. Dua tahun lepas tu saya konvo dan mula berkerja dalam UPSI juga. Hafis hantar syafika, hafis akan call, "zu turun la jumpa aku". "Jom makan sama" "jom lepak tasik proton" . Benda ni dah jadi rutin dan Kami jadi bertambah rapat hari ke hari. Masa tu saya bercinta dengan orang lain. Nak ada perasaan balik dekat hafis da takut sebab dulu dia pernah tolak cinta saya. Saya tak nak ulang silap tu. Saya tetap teruskan dengan lelaki lain. Tetap berkawan dengan hafis, jalankan amanah hafis tolong tengok kan adik dia. Saya tetap setia pada bekas teman lelaki. Sampai ada satu masa hafis call tanya. " zu ko dah bertunang ke? " saya jawab tak, hafis dah salah paham tengok gambar saya dan bekas teman lelaki. Bila hafis dah tahu dia diam dan tak luah apa apa pon dan kami masih terus berkawan.  

Tak tahu dengan perancangan Allah, saya hadapi masalah dengan bekas teman lelaki. Saya tak boleh fokus kerja, belajar, buat penyelidikan, life pon jadi tunggang tebalik sebabkan tu saya ambil cuti. Tambah lagi masalah dengan syafika. Tapi syafika rahsiakan alasan dia. Stop sampai sini, sebab Allah SWT berfirman:

قَالُوْا سُبْحٰنَكَ لَا عِلْمَ لَنَاۤ اِلَّا مَا عَلَّمْتَنَا ۗ اِنَّكَ اَنْتَ الْعَلِيْمُ الْحَكِيْمُ

qooluu sub-haanaka laa 'ilma lanaaa illaa maa 'allamtanaa, innaka antal-'aliimul-hakiim



"Malaikat itu menjawab: Maha suci Engkau (Ya Allah)! Kami tidak mempunyai pengetahuan selain dari apa yang Engkau ajarkan kepada kami; sesungguhnya Engkau jualah yang Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana."
(Al-Baqarah 2: Ayat 32)


Hafis bukan senang nak luah perasaan dia. Dia nak saya yang mulakan dulu. Ok saya dah selalu mengalah dengan dia. Dia kenalkan dengan keluarga dia. Tapi dia tetap tak nak cakap apa apa. Sebelum abg syafik nikah dengan kak ina. Dua minggu sebelum tu saya nak berlepas dari KLIA2 ke langkawi. Mlm sebelum flight saya tanya hafis. Baru dia cakap. Balik langkawi hafis suruh datang rewang majlis kenduri abang dia sekali mak dia kenalkan dengan sedara mara yang lain. Lepas dari tu macam macam masalah timbul, satu2 hal jadi, banyak kali kami cuba nk putuskan hubungan tapi Allah maha kuasa. Manusia cuma mengatur dan merancang. Sampai la ke hari ni. Dugaan ni bukan untuk orang yang baru bercinta, masa bertunang, lepas kahwin pon akan lalui. Semoga apa yang kami berdua lalui jadi pengajaran, kami percaya dengan kifarah. What goes around comes around. Semoga kami bahagia dan dipermudahkan segala urusan. Sapa yang bersalah bia Allah yang jatuh hukum bukan manusia. 






Bersambung....

No comments:

Post a Comment

KLIK SINI