Kejayaan bukan warisan! Kejayaan cemerlang seseorang pelajar sama ada di
dalam UPSR, PMR, SPM, STPM atau di peringkat pengajian yang lebih
tinggi pasti ada rahsianya. Jom kita selongkar Rahsia Pelajar
Cemerlang...
Pelajar yang berjaya biasanya;
1. Ada MATLAMAT dan SASARAN
-
Memiliki impian dan cita-cita yang ingin dicapai. Matlamat ini secara
langsung akan menyuntik semangat untuk terus berusaha walaupun banyak
cabarannya.
2. PERCAYA dan YAKIN akan diri
- Sentiasa yakin dengan kebolehan diri dan percaya bahawa diri juga boleh berjaya seperti orang lain.
3. Mempunyai TUMPUAN / KONSENTRASI yang tinggi
- Terutama semasa P&P di kelas mahupun semasa belajar sendiri atau secara
berkumpulan.
4. Mempunyai PERANCANGAN
-
Menentukan keputusan yang ingin dicapai, menentukan keutamaan subjek
yang ingin dikuasai serta memikirkan cara membuatkan pembelajaran
menjadi lebih mudah dan cepat.
5. Memiliki STRATEGI BELAJAR
- Mengamalkan teknik belajar seperti teknik nota ringkas,kad imbas, peta minda, belajar berkumpulan dan sebagainya.
6. Bijak MENJAGA MASA
- Membuat jadual belajar / bermain peribadi dan mendisiplinkan diri untuk mematuhinya.
7. Mempunyai PERGAULAN POSITIF
- Bergaul dengan rakan-rakan yang berfikiran positif / berdisiplin / bertingkahlaku baik.
8. Sentiasa MEMANTAU prestasi diri
- Menilai [membuat post mortem] kekuatan dan kelemahan diri dalam sesuatu subjek serta berusaha memperbaikinya.
9. Mempunyai hubungan BAIK DENGAN GURU
-
Menjaga tatacara behubung dengan guru, tidak segan bertanya dan meminta
bantuan guru tetapi dalam masa yang sama tidak bergantung sepenuhnya
kepada guru.
10.KONSISTEN dalam belajar
- Belajar tidak mengikut mood [sekejap rajin sekejap malas]. Sentiasa memotivasikan diri untuk terus belajar.
11.Sentiasa PERSISTENT
-
Tidak mudah berputus asa atau tidak mudah berpuas hati dengan
pencapaian diri. Walaupun lemah atau perlahan dalam menguasai sesuatu
subjek tetapi terus berusaha.
12.Sanggup BERKORBAN
- Sanggup
berkorban masa, tenaga dan wang ringgit. Meninggalkan keseronokan
melampau seperti lepak bersama rakan, bermain, berfoya-foya dan
sebagainya sehingga menjejaskan pelajaran.
13.Menjadi AGAMA NO.1
-
Mematuhi ajaran agama demi memperoleh keberkatan. Berdoa untuk
kesihatan dan kesejahteraan atau kejayaan serta akur bahawa berusaha
adalah hak manusia tetapi Tuhan yang menentukan segalanya.
Tunggu apa lagi...berubahlah ke arah yang lebih positif demi masa depan yang GEMILANG!
Selamat belajar...
Showing posts with label tazkirah. Show all posts
Showing posts with label tazkirah. Show all posts
Wednesday, 30 March 2016
Tuesday, 2 June 2015
fakta menarik tentang otak manusia
1. 80% daripada struktur otak terdiri daripada air. Jadi,
minum air dalam kuantiti yang secukupnya penting untuk otak.
2. Walaupun saiz otak hanya 2% sahaja daripada saiz badan
manusia, namun ia memerlukan kira-kira 20% oksigen yang dipindahkan melalui
salur darah.
3. Alkohol boleh memudaratkan otakdengancara melemahkan
hubungan antara neuron (sel otak)
4. Saiz dan berat jirim otak tida kaitan dengan kemampuan
otak berfikir. Buktinya, neuroscience letters melaporkan bahawa berat otak
Albert Einstein hanya 1230 gram, berbanding berat purata otak lelaki dewasa
iaitu 1400 gram, namun daya berfikir beliau melangkaui kemampuan manusia biasa.
Monday, 22 December 2014
Tip akrab dengan buku
- Bawa buku ke mana-mana sahaja. Setiap masa buku dan bacalah buku
- Kurangkan masa mengakses laman web sosial dan gantikannya dengan pembacaan buku.
- Benyak membaca buku berbanding hanya bahan bacaan internet. Ini kerana proses penghasilan buku lebih teliti, matang dan disunting berbanding mejoriti bahan di internet.
- Adakah perbincangan berkumpulan tentang buku yang dibaca.
- Catat ilmu baru da nisi penting yang diperoleh daripada buku yang dibaca. Buka semula catatan tersebut untuk ulang kaji.
- Catatan mungkin ditulis di pinggir halaman buku. Tandakan ayat dan perkataan penting.
Subscribe to:
Posts (Atom)


