1.0 Pengenalan
Guru
juga harus menyedari bahawa tugas mendidik para pelajar bukan hanya sekadar
memindahkan maklumat, pengetahuan dan ilmu daripada seorang pendidik kepada
seorang pelajar semata-mata, tetapi bagaimana ilmu dan maklumat yang benar
serta pengalaman yang berguna dapat membentuk sikap, nilai dan peribadi
seseorang pelajar. Bagi mencapai matlamat tersebut, para pendidik harus memilih
dan mengaplikasikan pendekatan yang mampu menarik pelajar agar dapat
benar-benar menghayati dan mampu menguasai ilmu yang diajar. Di samping itu,
guru juga perlu bijak dalam memilih dan
menentukan pendekatan pengajaran yang berkesan kerana guru adalah orang yang
bertanggungjawab untuk menyelesaikan masalah pembelajaran.
Pembangunan sektor pendidikan ke arah yang lebih global
dengan mengikut acuan Malaysia, tidak dapat dinafikan peranan pendidik sangat
penting sebagai agen yang boleh membawa perubahan positif kepada pembangunan
insan khususnya para pelajar. Pembangunan insan yang bermula dengan pendidikan
kepada para pelajar diharapkan dapat membentuk mereka untuk menguasai ilmu
pengetahuan ke arah menuju pembentukan modal insan yang berkualiti dan seimbang
dalam pelbagai aspek. Sebagaimana memetik kenyataan Tun Abdullah Ahmad Badawi
mengenai modal insan ketika membentangkan Rancangan Malaysia Ke-9 (RMK9) di
Parlimen, 31 Mac 2006 iaitu:
Sekiranya kita ingin melangkah ke era ekonomi berpaksikan
pengetahuan, jika kita mahu menjadi negara maju dan kekal pada tahap tersebut,
pembangunan modal insan harus diutamakan. Dalam konteks dunia global, modal
insan bermutu tinggi adalah satu keperluan, bukan lagi satu kemewahan. Usaha
membangunkan modal insan berkualiti akan digiatkan. Pendekatan kepada
pembangunan modal insan haruslah secara holistik, menekankan pembangunan ilmu pengetahuan,
kemahiran, modal intelektual termasuk ilmu sains, teknologi dan keusahawanan,
dan juga pembudayaan sikap progresif serta nilai etika dan moral yang tinggi.
Inilah yang dikatakan modal insan berminda kelas pertama.
Bagi merealisasikan hasrat ini,
anjakan paradigma pendidikan sangat penting agar dapat mendorong para pendidik
untuk memainkan peranan mereka dengan lebih agresif dan progresif. Paradigma
pendidikan perlu diubah daripada menerima kepada mencari atau mencipta,
daripada ketaatan kepada komitmen, daripada individu kepada perkongsian,
daripada rutin kepada inovatif dan kreatif, daripada reaktif kepada proaktif
dan daripada pasif kepada progresif. Perubahan ini sememangnya mempunyai
perkaitan rapat dengan pembinan modal insan dan tamadun ummah yang cemerlang
2.0 Pentadbiran
Sebelum
guru mendidik murid perkara pertama yang menentukan halatuju jatuh bangun
sesebuah institusi pendidikan adalah pihak pentadbiran. Sekiranya baik
pentadbiran sesebuah sekola itu maka baiklah sekolah itu, sekiranaya buruk
pentadbiran sesebuah sekolah itu maka jatuhlah sekolah itu. Pandangan pertama
saya sepanjang saya menjalani latihan pengajaran adalah pihak pentadbir sekolah
sangat mementingkan aturan atau prosedur dalam segala aspek. Dari sekecil-kecil
perihal hinggalah sebesar-besar perkara. S.M.K XXXXXXXXXX dimana sekolah saya menjalani latihan
industri, diterajui oleh seorang
pengetua perempuan iaitu Cik Hajah XXXXXX.
Pengetua
SMK XXXXXX berwartakan sangat tegas dalam menjalankan tugas. Setiap
program yang hendak dijalankan perlu menjalani prosedur yang betul. Bermula
dengan menghantar kertas cadangan atau proposal yang perlu dihantar sebelum
program dijalankan. Manakala selepas selesai program dijalankan perlu ada
dokumentasi yang perlu dihantar seminggu selepas program berakhir. Selain itu
setiap perkara yang berlangsong disekolah itu perlu ada prosedur yang
sistematik.
Teraju
pentadbiran pengetua dibantu oleh guru penolong kanan(GPK) pentadbiran, Pn
Hajah XXXXX . GPK pentadbiran banyak membantu tugas-tugas pengetua semasa
ketiadaan pengetua mahupun semasa pengetua berada dalam kawasan. Pn XXXXXX
juga secara langsung memangku tugas guru penolong kanan(GPK) Hal Ehwal Murid
berikutan ketiadaan GPK Hal Ehwal Murid yang telah berpindah sekolah. Manakala tugas
GPK Kokurikulum digalas oleh En XXXXXXX. Sepanjang tempoh latihan
industri saya di SMK XXXXXXX, tiga orang inilah yang menggerakkan dan
mencorakkan pengisian sekolah ini.
3.0 Disiplin
Apabila
disebut tentang disiplin pula, kawalan disiplin di SMK XXXXXX amat ketat
dan baik akan tetapi boleh dipertingkatkan lagi dengan penglibatan semua
kakitangan dan staf sekolah tersebut. Apa yang saya perhatikan disekolah ini,
penguatkuasaan disiplin banyak dilakukan oleh guru disiplin,warden asrama dan
sebahagian kecil guru sekolah. Sebagai contoh sekiranya terdapat murid yang
melanggar disiplin hanya sebahagian kecil guru yang mengambil tindakan terhadap
murid tersebut. Manakala guru yang lain hanya bagai melepaskan batuk ditangga.
Dari
aspek murid pula, saya melihat murid-murid SMK XXXXXX hanya sebahagian
kecil sahaja yang melanggar disiplin secara tegar. Kelompok kecik murid ini
seperti sudah tepu dan biasa dengan tindakan yang di jalankan ke atas mereka.
Hal ini terjadi kerana tindakan dan dendaan yang dilakukan adala dendaan yang
sama. Masalah ini juga ditambah pula dengan keadaan unit kaunseling sekolah ini
seperti hidup segan mati tak mau. Unit kaunseling bergerak dengan kurang
efisyen dalam menangani masalah-masalah pelajar yang dihantar kepada pihak
kaunseling. Selain itu program-program yang dirancang oleh pihak kaunseling
tidak banyak dilaksanakan.
Pada
pandangan saya, unit disiplin dan unit kaunseling perlu menjalankan
perbincangan untuk melancarkan program yang bersesuaian dengan masalah
murid-murid disekolah SMK XXXXXX. Unit kaunseling perlu bergerak dengan
agresif dalam menangani masalah murid.
Dari
aspek kokurikulum pula, SMK XXXXXX sangat aktif dalam penglibatan
aktiviti diluar bilik darjah samaada kokurikulum sukan permainan mahupun
persatuan. Pihak pengurusan SMK TXXXX menghadkan penglibatan murid dalam
bidang kokurikulum pada bulan Januari hingga Mei, pada bulan seterusnya lebi
berfokus kepada akademik. Kebanyakan penglibatan kokurikulum murid SMK XXXX mendapat tempat samaada diperingkat daerah mahupun diperingkat negeri.
Sebagai contoh pada 23 Julai 2011 SMK XXXXXX telah menjadi tuan rumah
untuk pertandingan memasak peringkat negeri Pahang. Pasukan dari SMK XXXXX
telah berjaya merangkul tempat keX secara keseluruhan negeri Pahang
4.0 Pengajaran Dan
Pembelajaran
Dalam
pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah pula didapati masalah yang sering berlaku dan agak serius ialah masalah salah laku, iaitu
murid tidak menyiapkan kerja rumah. Ada yang menyiapkan separuh dari kerja
rumah mereka dan terdapat juga di antara mereka yang langsung tidak mengambil
perhatian ke atas kerja rumah pada setiap kali diberikan aktiviti susulan.
Untuk mengenal pasti murid yang bermasalah, saya telah mengajak murid-murid
untuk berbincang. Melalui sesi temu bual, saya akan cuba mengenal pasti dan
mencungkil masalah daripada murid. Pada masa yang sama, saya juga menggunakan
kaedah pemerhatian, iaitu menyediakan rekod untuk mengumpul maklumat tingkah
laku murid tanpa verval.
Berdasarkan kepada pemerhatian yang telah dibuat, saya dapati bahawa
punca–punca masalah ini adalah disebabkan oleh diri murid, rakan sebaya,
keluarga dan kaedah serta bahan pengajaran yang tidak sesuai. Kebanyakan murid
adalah bersikap negatif, tidak bertanggungjawab terhadap aktiviti pembelajaran
mereka dan mudah dipengaruhi oleh rakan sebaya yang malas. Selain
daripada itu, golongan murid ini tiada dorongan untuk membuat kerja rumah
daripada ibu bapa dan rakan sebaya. Ada sebilangan murid berpendapat bahawa
seni yang dipelajari itu kurang relevan dan tiada kaitan dengan kehidupan
sehari–hari.
Banyak kesan yang akan
dihadapi oleh guru dan murid sekiranya masalah ini masih terus berlaku lagi di
kelas. Pertama, kesan terhadap aktiviti pengajaran, peruntukan masa serta
penilaian guru akan terganggu dan terjejas seperti guru tidak dapat menjalankan
aktiviti pengajaran dengan baik, terpaksa memperuntukkan banyak masa untuk
menjalankan penyelesaian dan tidak dapat menerima maklum balas murid melalui
aktiviti susulan. Kedua, kesan terhadap aktiviti pembelajaran dan tabiat murid,
seperti tidak mempunyai peluang mengaplikasikan dan mengukuhkan konsep atau
kemahiran yang baru mereka belajar serta mengamalkan sikap malas dan tidak
bertanggungjawab.
Pada pendapat saya, pujian
dan kata–kata perangsang ialah satu jenis alat rangsangan yang tidak terlazim.
Warna juga boleh dijadikan sebagai alat rangsangan yang tidak terlazim, seperti
warna merah. Ia boleh merangsangkan seseorang itu cepat merasa lapar dan ingin
makan dengan banyak. Oleh sebab itu, banyak kedai makan suka dicat dengan warna
yang terang seperti merah, kuning atau biru.Untuk memberikan rangsangan kepada
murid, saya telah menggunakan teknik peneguhan positif, iaitu memberi motivasi
dalam bentuk pujian dan kata–kata perangsang untuk menyiapkan kerja rumah seni.
Tetapi, penyelesaian ini tidak berkesan dan kurang memuaskan, kerana motivasi
yang diberikan oleh guru adalah tidak dapat membangkitkan tingkah laku positif,
iaitu menyiapkan kerja rumah seni. Pemikiran murid tidak jauh dan kurang
mementingkan masa depan mereka. Selain daripada itu, golongan murid ini jarang
mendapatkan dorongan untuk menyiapkan kerja rumah daripada ibu bapa atau rakan
sebaya.
Selepas itu, saya telah
menggunakan teknik peneguhan negatif untuk mengelakkan atau menghindari kepada
murid tidak menyiapkan kerja rumah seni. Walaupun peneguhan negatif diberi
untuk membawa kesan yang tidak menyeronokkan atau memalukan, yang ingin
dihindari oleh seseorang individu., tetapi sangat berkesan untuk menghadapi
masalah murid, terutamanya golongan murid yang berumur dalam lingkungan belasan
tahun. Mereka lebih berasa takut apabila guru mengambil tindakan untuk
mendendanya.
Pada pendapat saya, merotan murid dengan cara
yang betul merupakan satu penyelesaian yang sangat berkesan, kerana ia dapat
memberikan demonstrasi kepada murid dengan jelas dan nyata, iaitu merotan murid
itu di depan murid–murid lain apabila tidak menyiapkan kerja rumah. Dengan itu,
saya telah membuat satu eksperimen pada murid–murid, iaitu mana satu kumpulan
yang telah kalah dalam kuiz seni, mereka akan didenda kehilangan lima minit
masa rehat. Eksperimen ini telah berjaya menunjukkan bahawa murid adalah lebih
mengambil perhatian dan penumpuan terhadap peneguhan negatif, kerana mereka
takut menghadapi kesan–kesan peneguhan negatif dan pula tidak mahu kehilangan
layanan yang baik daripada guru. Oleh itu, saya telah menahan murid yang tidak
menyiapkan kerja rumah di dalam kelas untuk menyiapkan kerja rumahnya semasa
rehat ataupun selepas sekolah.
Selain daripada itu, saya
juga membuat pengubahsuaian dalam pengurusan strategi pengajaran dan
pembelajaran di dalam kelas, terutamanya menggunakan kaedah dan teknik bermain
dikaitkan dengan kaedah dan teknik mengajar seperti penyelesaian masalah seni.
Saya juga menggunakan strategi pemusatan bahan, seperti radio, gambar, model,
benda konkrit, bahan bercetak dan kad jalur berpetak dalam proses pengajaraan
dan pembelajaran. Bahan pengajaran yang disediakan itu telah berjaya menarik
minat murid untuk membuat tugasan dan juga mudah difahami oleh setiap murid.
Tujuannya adalah untuk merangsangkan murid–murid supaya mereka dapat memberikan
tumpuan dan minat terhadap kerja rumah.
Di samping itu, murid tidak akan berasa bosan
dan sebaliknya dia merasa sangat bangga sekiranya berjaya menyelesaikan
tugasan, iaitu latihan dalam buku kerja seni. Pada pendapat saya, guru ialah
seorang pelakon, dia mesti pandai menonjolkan kebakatannya supaya terdapat
banyak penonton suka akan lakonannya. Manakala, murid ialah penonton dan dia
akan menyaksikan pertunjukan yang disembahkan oleh guru di dalam kelas. Oleh
itu, guru mestilah pandai memilih dan mengurus strategi yang sesuai untuk
mencapai objektif jangka panjang sesuatu pendekatan. Penyelesaian ini juga
berkesan untuk menyelesaikan masalah murid dengan baik.
Pendekatan
pengajaran yang lebih menyeluruh dan berkesan perlulah dilaksanakan untuk mendapatkan hasil pengajaran dan pembelajaran
yang optimum. Berikan contoh-contoh yang bersesuaian dan berkaitan dengan
kehidupan seharian agar mereka dapat mengaplikasikan pengetahuan tersebut
seterusnya menjadi suatu hikmah dalam kehidupan mereka. Gambarajah dan animasi
video mengenai teknik-teknik asas dalam cat air boleh dipaparkan semasa sesi
P&P dengan keadaad inin suasana pembelajaran akan menjadi lebih
menyeronokkan sekaligus akan menarik minat murid.
Menjalankan suatu aktiviti yang dapat melibatkan pengibatan mereka secara menyeluruh. Dengan membahagikan para pelajar kepada beberapa buah kumpulan kecil, mereka dikehendaki merekabentuk arca dengan menggunakan kad manila, plastisin, pensel, pemadam, gunting, bebenang halus dan gelungan bebenang kasar yang berwarna biru dan merah. Pada akhir sesi pengajaran dab pembelajaran, mereka dikehendaki membentangkan hasil kerja mereka di hadapan kelas.
Guru haruslah melakukan rancangan
pengajaran, iaitu rancangan harian yang lebih teliti dan tersusun agar segala
matlamat dan objektif pengajaran dapat disampaikan dan diterapkan ke dalam diri
setiap pelajar. Lakukan latihan mengajar terlebih dahulu sebelum masuk ke dalam
kelas bagi memastikan segala rancangan pengajaran dapat dilaksanakan. Kaitkan
topik baru yang hendak diajar dengan topik yang telah dipelajari.
Guru perlu memastikan agar suasana pembelajaran sentiasa menyeronokkan. Ini dipengaruhi oleh sikap pelajar dan keadaan persekitaran kelas. Keadaan kelas yang selesa membantu sesi P&P berjalan dengan lebih lancar dan berkesan.
Pemantauan dan penilaian perlulah dilakukan agar rancangan pengajaran tidak menyimpang jauh daripada matlamat dan objektif pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, ini juga bagi memastikan para pelajar dapat mengusai objektif pengajaran yang ditetapkan. Ini dapat dilakukan melalui sesi ujian bertulis dan soal jawab dengan para pelajar mengenai topik warna-warna asas.
Akhir sekali, guru perlu melakukan refleksi
kendiri bagi menilai sejauh mana keberkesanan kaedah pengajaran yang
dilaksanakan. Ini dapat dinilai dari segi penguasaan para pelajar mengenai objektif
pengajaran pada hari tersebut, bukan dinilai dari segi sukatan mata pelajaran
yang dapat dihabiskan.
No comments:
Post a Comment