Monday 23 January 2017

DEFINISI CETAKAN


Cetakan ialah proses terapan blik atau plat ke atas sesuatu permukaan kertas, kain atau bahan yang lain. Cetakan mempunyai keistimewaan iaitu dapat menghasilkan beberapa kepingan hasilan yang disebut edisi. Dalam sesuatu edisi itu, semua hasil cetakan dianggap karya asli. Teknik cetakan ialah cara menghasilkan karya dengan mencetak. Pada asasnya cetakan menggunakan sifat timbul dan tenggelam pada sesuatu blok atau skrin.

Cetakan mempunyai keunikan dan keistimewaan yang tersendiri iaitu blok yang sama dapat menghasilkan beberapa keeping karya yang sama. Cetakan yang berulang kali ini disebut edisi atau siri. Cetakan juga merupakan proses menghasilkan karya atau imej yang sama berulang kali. Tiga atau lima cetakan yang pertama, biasanya berbeza degan edisi selepas itu. Cetakan pertama ini dinamakan ‘Artis Proof’ (AP). Bilangan siri cetakan ini dinamakan edisi dalam proses cap-mengecap ini boleh menyebabkan blok atau plat lino menjadi rosak dan bilangan edisi dalam cetakan berakhir. Dalam penghasilan karya ini, semua karya cetakan dalam sesuatu edisi ini dianggap karya asli.

No comments:

Post a Comment

KLIK SINI