Monday 23 January 2017

SEJARAH CETAKAN DI MALAYSIA


Sejarah cetakan bermula pada tahun 3000 SM, kumpulan Sumaria dikatakan telah membuat salinan imej kulit kerang di atas tanah liat yang berbentuk empat segi, hasilnya mereka berjaya mencetak bentuk relif. Cetakan blok kayu buatan tangan mula muncul di negara China pada kurun ke 8. Pada ketika itu mereka menggunakan kertas sebagai permukaan cetakan. Perkembangan cetakan negara Eropah mula ditemui pada 1418 Masih. Pada peringkat awal cetakan adalah bertujuan untuk bahan-bahan pendidikan, keagamaan, bahan propaganda dan cetakan tekstil untuk pakaian. Cetakan bewarna mula diperkenalkan sekitar abad ke 15. Di negara ini cetakan hanya bermula dengan cetakan kayu yang digunakan untuk mencetak kain batik sarung.
Karya-karya senicetak terhasil menerusi media potongan kayu. Misalnya, menerusi karya yang berjudul ‘A Waiting’ oleh Tan Tee Chie dan ‘Pertunjukan Boneka’ oleh Lim MU Hea. Subjek-subjek genre dan kemasyarakatan seperti alam pekerjaan serta langskap persekitaran  jelas kelihatan menerusi pengolahan konvensional hitam putih yang bertenaga.

Kemudian, muncul Lee Joo For dan Abdullah Latif MOhidin dengan cetakan-cetakan gurisan asid mujarad dan semimujarad pada pertengahan dekat 1960 an. Kemudian diikuti oleh pelukis-pelukis lain seperti Seah Kim Joo dan T.K Karan menerusi cetakan monotaip. Nama-nama seperti Long Thien Shih, Ibrahim Ismail dan Lee Kian Seng pula muncul menjelang akhir dekat 1960 an. Menjelang akhir 1970 an, lahirlah ramai seniman-seniman seni cetak negara seperti Poniran Amin, Ismail Latif, Mansor Ibrahim, Awang Damit Ahmad dan Jamil Mat Isa.

No comments:

Post a Comment

KLIK SINI