A)
Engraving
Proses ini telah dikembangkan di Jerman sekitar
tahun 1430, engraving atau juga dikenali sebagai ukiran halus yang digunakan
oleh para tukang emas untuk mendekorasi karya mereka. Pembuat engraving
menggunakan alat dari logam yang disebut sebagai burin untuk mengukir corak ke
permukaan logam atau secara tradisionalnya sering digunakan plat tembaga. Alat
ukir tersebut terdiri daripada berbagai-bagai bentuk dan ukuran untuk menghasilkan
jenis garisan yang berbeza-beza. Seluruh permukaan plat akan disapu dengan
dakwat, kemudian dakwat tersebut perlu dibersihkan dari permukaan, dan
dibiarkan yang tertinggal hanya dakwat yang berada di garisan yang diukir
sahaja. Kemudian plat diletakkan pada alat tekan dan tinggi bersama dengan
lembaran kertas. Kertas kemudiannya akan menyerap dakwat dari garisan engraving
iaitu bahagian yang telah diukir untuk menghasilkan karya cetakan yang
diingini.
B)
Etching/Goresan
Teknik cetakan ini merupakan teknik yang menggunakan kaedah goresan pada
permukaan kepingan bidang logam. Pada peringkat permulaan, permukaan logam
hendaklah disepuhkan dengan sejenis asid yang tahan karat untuk logam.
Kemudian, mulakan dengan melakukan kerja-kerja goresan untuk menghasilkan imej
ukiran benam atas permukaannya. Permukaan logam yang terdedah dengan kesan
ukiran akan dimakan sedikit demi sedikit apabila ia direndamkan ke dalam asid.
Hasilnya akan membentuk garisan apabila ditekankan pada sekeping kertas selepas
kepingan logam tadi dibancuhkan dengan dakwat untuk proses cetakan. Teknik ini
diketahui telah diperkenalkan oleh Daniel Hopfer (1493-1536). Teknik ini juga
adalah lebih baik berbanding teknik engraving dan amat terkenal sebagai seni grafik
semasa tahap awal zaman Rembrandt dan zaman Herculas Segher kira-kira sejak
abad ke-17. Hal ini mengingatkan kita pada hari ini bahawa teknik ini merupakan
salah satu daripada teknik yang serba guna dan juga merupakan teknik yang
menimbulkan kesan cetakan yang halus.
C)
Mezzotint
Metode mezzotint telah ditemui oleh Ludwig von
Siegen pada tahun 1609-1680. Proses ini digunakan secara meluas di Inggeris
mulai pertengahan abad ke-18 untuk menghasilkan foto dan lukisan. Mezzotint
adalah merupakan salah satu cara lain dalam teknik intaglio di mana permukaan
plat logam terlebih dahulu dibuat kasar secara merata, gambar akan dihasilkan
dengan mengerok halus permukaan, menghasilkan gambar daripada tona gelap kepada
tona terang. Mezzotint dikenali kerana kualiti tonnya yang berkualiti seperti
permukaan yang dikasarkan secara merata menahan banyak dakwat dan dapat
menghasilkan warna cetak yang padu. Selain itu ia juga berupaya menghasilkan
proses penghalusan tekstur dengan menggunakan burin, atau alat lain menghasilkan
gradasi halus untuk mengembangkan ton.
D)
Aquantint
Adalah sejanis variasi dari etsa. Seperti etsa,
aquatint menggunakan asid untuk membuat gambar cetakan pada plat logam.Pada
teknik etsa digunakan jarum untuk menciptakan garis yang akan menjadi warna
dakwat gelap, aquatint menggunakan serbuk resin yang tahan asid untuk
menciptakan kesan ton.Kebanyakan karya-karya grafis Goya
menggunakanteknikaquatint.
E)
Drypoint
Merupakan variasi dari engraving. Dilakukan
dengan menggunakan alat runcing, bukan dengan alat burin berbentuk
"v". Setiap garisan yang terhasil pada engraving sangat halus dan
bertepi tajam, manakala goresan drypoint meninggalkan kesan kasar pada tepi
garisan. Kesan ini memberi ciri kualiti garis yang bermutu kepada karya kerana
tekanan alat dengan cepat akan merosakkan kesan tersebut, drypoint hanya
berguna untuk jumlah karya yang sangat kecil sekitar 10 hingga 20 karya sahaja.
Untuk mengatasi masalah ini, penggunaan electro-plating atau juga dikenli
sebagai alat pelapisan secara elektrik dengan bahan logam lain telah dilakukan
sejak abad ke-19 untuk mengeraskan permukaan plat. Teknik ini ditemui oleh
seorang seniman Jerman selatan abad ke-15 yang memiliki julukan Housebook
Master, di mana semua karya-karyanya menggunakan drypoint. Di antara seniman
old master print yang menggunakan teknik ini ialah seperti Albrecht Durer yang
telah menghasilkan 3 buah karya drypoint.
F)
Litografi
Merupakan proses percetakan yang menggunakan cap
batu atau logam. Teknik ini merupakan proses “planografik” di dalam setiap
cetakan yang menolak kedalam tekanan dari permukaan batu atau bahagian atas
logam yang sensitif secara kimia. Seterusnya, bahan kimia ini akan membolehkan
dakwat melekat hanya pada kawasan yang dicipta, dan menolaknya dari kawasan
imej yang tidak dikehendaki. Litografi telah dicipta sekitar tahun 1798 di
Solnhofen, Jerman oleh Alois Senefelder. Sejarah awal berkenaan dengan teknik
Litografi ini adalah didominasi oleh artis dari Perancis yang terkenal seperti
Daumier dan Delacroix, dan kemudiannya disambung pula oleh Degas,
Toulouse-Lautree, Picasso, Braque dan Miro.
G)
Blind
Teknik ini merupakan teknik cetakan yang
menggunakan sambungan yang tidak rata untuk menghasilkan jalinan timbul yang
lembut atau tidak ketara pada imej putih pada putih yang ditekankan pada
bahagian imej timbul pada kertas yang tidak berkaitan. Teknik ini biasanya
banyak digunakan dalam cetakan di Jepun.
H)
Kolograf
Teknik ini pula merupakan teknik yang menolaj
kedalam setiap blok yang digunakan untuk menahan setiap hasil kerja atau
ciptaan yang direka seperti kolaj dan menghasilkan imej cetakan timbul.
I)
Iris/Giclee
Merupakan salah satu daripada teknik yang
direproduksi dengan menggunakan komputer di dalam setiap imej dan tipografi
yang dipilih. Imej dan tipografi yang dipilih adalah hasil daripada fail
digital dan dicetak keluar dengan menggunakan mesin cetak ‘ink jet’ yang
menggunakan dakwat akrilik dan cat minyak. Giclee juga merupakan salah satu
daripada cetakan yang menghasilkan ketepatan dan kecantikkan penggunaan warna
yang telah tersedia untuk digunakan didalam mana-mana teknik reproduksi
komputer.
J)
Monotaip
Merupakan salah satu daripada teknik yang
diperbuat daripada lukisan yang dihasilkan pada kepingan logam atau gelas dan
dipindahkan keatas kepingan kertas dengan menggunakn tangan atau teknik menekan
etching. Jika masih terdapat baki yang mencukupi dan tertinggal pada permukaan
logam tadi, cetakan tambahan masih boleh dilakukan. Walau bagaimanapun, cetakan
kedua ini akan menjadi lebih kuat dan teguh daripada imej sebenar. Cetakan monotaip
bukanlah satu proses menghasilkan replica berganda kepada setiap cetakan
yang telah dibuat.
K)
Offset
Lithography
Merupakan satu teknik photomekanikal yang
istimewa kerana setiap imeh yang dicetak akan dipindahkan kepada permukaan
logam yang negatif dan dicetak pada atas satu permukaan kertas. Teknik ini
sangat sesuai digunakan pada cetakan yang berwarna.
No comments:
Post a Comment