Monday 23 January 2017

JENIS-JENIS CETAKAN


Cetakan terbahagi kepada beberapa jenis:-
A)    Cetakan Timbulan
Cetakan timbulan ialah hasil imej yang terdapat pada blok atau plat lino yang disapu dengan dakwat atau pewarna. Hasil permukaan acuan merupakan imej yang terhasil di permukaan kertas. Cetakan timbulan menggunakan kaedah potongan kayu atau plat lino, kaedah ini merupakan kaedah yang paling lama digunakan dikalangan pencetak kerana bahan dan peralatan mudah didapati dan kosadalah rendah. Cetakan timbulan merupakan proses membuat cetakan dengan meletakan dakwat atau warna pada permukaan tapak cetakan yang biasanya terdiri daripada blok kayu atau plat lino. Hasil permukaan acuan merupakan imej yang terhasil di permukaan kertas.
Contoh jenis cetakan jenis timbulan ialah :
i-
Cetakan Kayu


ii-
Cetakan Lino


iii-
Cetakan Kolograf


iv-
Cetakan Kolaj



B)   
Cetakan Stensil/Sutera Saring (Silk Screen)
Cetakan sutera saring atau stensil juga dipanggil cetakan saringrafi. Cetakan ini memerlukan kain sutera (organdie) yang diregang diatas pemidang kayu. Imejnya dihasilkan melalui pemidang keratas kertas pendua, filem leker (profilem) atau skrin foto (goto emulsi). Berbeza daripada cetakan yang lain, ia menggunakan sekuji (squeegee) untuk menyapukan dakwat atau warna diatas permukaan kertas.
Contoh cetakan sutera saring :-

C)   
Cetakan Datar (Planography/Lithography) 
Cetakan planografi dihasilkan daripada permukaan cetakan yang datar. Proses cetakan ini menggunakan kaedah yang dinamakan litografi. Litografi berdasarkan teknik sifat penolakan minyak dengan air. Kaedah ini menggunakan blok batu kapur sebaga blok persembahan imej. Kaedah litografi dapat menghasilkan cetakan yang hamper sama seperti lukisan pensel.
Contoh cetakan datar :-

D)   
Cetakan Benaman (Intaglio) 
Cetakan benaman berlawanan dengan cetakan timbulan. Bagi proses timbulan, dakwat atau pewarna di luar permukaan plat atau blok, sementara bagi cetakan benaman, dakwat atau pewarnanya berada didalam ukiran imej plat. Dakwat atau pewarna itulah yang menghasilkan imej (lukisan). Contoh cetakan ini ialah kaedah gurisan asid (etching), turisan (engraving) akuatin dan mesotin.
Contoh cetakan benaman :-



1 comment:

  1. sala, mf sy kurang faham macamana akuatin dan mesotinn?

    ReplyDelete

KLIK SINI